Salam & Hi,
Kek ni adalah order dari regular customer Pn. Roshitah untuk birthday anak sulungnya Diyanah.. Saya sengaja buatkan kek berbentuk hati sesuai dengan mesej yg minta dituliskan di atas kek tersebut..
Kek adalah kek choc moist dengan chocolate buttercream.
Terima kasih =D..


cupcakes ni order dari Cik Maizatul Nasyira untuk hantaran. Tema nya gold. Cik Mai request untuk ada swirl & love. So setelah di google, jumpa gambar yang ada menepati ciri2 yg dikehendaki.
Jadi ini lah hasilnya..




Diharap Cik mai berpuas hati =D. Terima kasih..
Btw, Cik Maizatul adalah ex-schoolmate masa kat MRSM Jasin dulu.. ermm lama betul tak jumpa ye..=D
Tempahan dari returned customer En. Azizi dari Airis Engineers. En. Azizi pernah menempah
kek novelty "rumah kecil di tepi kolam"
Tempahan ni memang last minute so tak dapat demand banyak2 =D.. kek apa2 je katanya..
so saya buatkan kek choc moist dengan coffee buttercream. mulanya reserve kan space untuk tulis nama2 yang menyambut hari lahir.. tengok2 katanya tak perlu tulis nama. so kenelah tempek bunga2 violet & pink lagi.. tu yang nampak penuh sangat tu =D..
p/s:sengaja nak buat topping nampak tak licin tapi tak berapa nak jadi pulak =D


terima kasih..
salam dan hi..
actually kek ni dah lama, 23 Januari 2010 yang lepas.
Kek ni order dari Pn. Salbiah sempena hari lahir ke-50.
Terima kasih =D
nota: gambar tak sempat snap kat rumah..so kurang cun sikit =D
salam dan hi..
kek ini merupakan tempahan dari regular customer iaitu kak sha sempena hari lahir puterinya Iman 'Aliah yang ke-3 tahun..
pada asalnya kak sha nak photocake tapi tak dapat2 gambar yg di emelkan ..maybe emel ade problem. so saya mintak tukar deco kek nya. kata kak sha, tak kisah asalkan bila 'Aliah tengok kek, dia akan excited..
ermm fikir punya fikir, belek-belek buku, berkenan dengan design ni. diilhamkan dari buku wilton. harap2 'Aliah akan suka kek ni..



terima kasih!! =D
Salam & hi,
Saya ingin memohon maaf kepada semua yang terpaksa saya tolak pesanan2nya..
memandangkan masa saya sekarang lebih banyak diluangkan untuk Aliff Rayyan yang baru berusia 3bulan 3minggu, saya terpaksa menghadkan pesanan yang saya terima untuk setiap minggu.
Mungkin bila baby dah semakin besar, baru saya dapat all out balik..
insyaAllah kalau ada rezeki =D
Assalamualaikum..
Ni projek last week. Kek kahwin 3-tingkat dan cupcakes dengan tema merah putih. Kek ni ditempah oleh Cik Nana dari SPNB sama seperti minggu sebelum ni iaitu
kek tema hitam putih. Kali ni adalah untuk majlis sebelah pengantin lelaki. Terima kasih.
nota: warna merah telah diperam 24jam sebelum digunakan untuk mendapatkan merah yang merah merah.. (tips =D). lidi2 kecik tu as guide untuk cucuk cake pillars ok..(sebab customer nak pasang sendiri kek)

kek tingkat bawah
kek tingkat pertama
kek tingkat atas
cupcakes